RSS

Abu Hassan al-Ashaari

16 May

Beliau adalah Abu Hassan Ali bin Ismail bin Abi Bashar Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Abu Burdah bin Abu Musa al-Ashaari. Abu Musa al-Ashaari ini ialah salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Dilahirkan di Basrah, Iraq pada tahun 260H dan meninggal dunia pada tahun 324H di Baghdad. Beluai merupakan pengikut mazhab Syafii dan guru ilmu fiqh beliau ialah Abu Ishaq al-Maruzi.

Pada mulanya beliau ialah seorang murid kepada bapa tirinya yang juga merupakan seorang ulama besar Muktazilah iaitu Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbai (mati 330H). Namun, selepas mendapati iktikad Muktazilah ialah iktikad yang menyeleweng, maka beliau pun keluar daripada mazhab Muktazilah serta bertaubat.

Setelah itu, beliau berusaha mengambil dalil daripada al-Quran dan as-Sunah sehingga berjaya mengarang sebuah kitab yang menerangkan iktikad Ahli Sunnah Waljamaah. Pada tahun 300 H , beliau telah membawa kitab tersebut naik ke atas mimbar di majlis Basrah serta berucap kepada orang ramai:

Wahai manusia, sesungguhnya aku dulu merupakan pengikut Jubbai yang berpendapat al-Quran itu makhluk, Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata kepala di akhirat, daan sesungguhnya manusia menjadikan perbuatannya. Sekarang aku keluar daripada mazhab Muktazilah seperti mana aku keluar daripada baju aku ini (ketika itu beliau membuka bajunya dan mencampakkannya). Aku telah karangkan kitab ini sebagai panduan.”

Beliau telah berjaya membuat tajdid atau pembaharuan dalam Ahli Sunnah Waljamaah dengan mengemukakan hujah-hujah akliah, di samping nas syarak bagi melawan aliran Muktazilah serta menyelamatkan akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Berkata Abu Bakr al-Sarafi: “Orang Muktazilah mengangkat kepala mereka (sombong dan bongkak) sehinggalah Allah SWT melahirkan Abu Hassan al-Ashaari, lalu mereka dikurung bersama-sama orang yang lemah.”
Sesetengah ulama berpandangan bahawa kehidupan Abu Hassan al-Ashaari telah melalui tiga peringkat yang berbeza:

Peringkat pertama
Beliau berada dalam mazhab Muktazilah bermula dari umurnya 10 btahun sehingga 40 tahun. Ketika itu beliau merupakan ulama besar Muktazilah dan sering menggantikan bapa tirinya al-Jubbai untuk memberi kuliah.

Peringkat kedua
Selepas keluar dari Muktazilah dan di awal kemasukannya ke dalam mazhab Ahli Sunnah Waljamaah, beliau mengikuti aliran Abdullah b. Said b. Kullab. Imam Zahabi berkata bahawa Imam al-Ashaari telah mendampingi golongan al-Kullabi dan mengikuti aliran mereka. Pendapat ini telah disokong oleh al-Maqrizi dan lain-lain ulama. Ketika inilah beliau telah mengarang kitab al-Luma’ fi ar-Rad ‘ala Ahl az-Zaaighi wa al- Bida’.

Peringkat ketiga
Selepas berpindah ke Baghdad, kefahaman akidah Ahli Sunnah Waljamaah beliau semakin mantap dan mula dapat menyisihkan pengaruh Muktazliah serta falsafah. Di peringkat ini, beliau telah mengarang kitab terakhirnya iaitu al-Ibanah ‘an Usul ad-Diyanah.

Dalam apa keadaan sekalipun, Abu Hassan al-Ashaari telah diakui sebagai imam Ahli Sunnah Waljamaah yang mempunyai jasa amat besaar dalam dunia Islam. Gerakan reformasi beliau atau pembaharuan yang diketengahkan oleh beliau bukan saja dapat menahan kebangkitan fahaman aliran Muktazilah. Bahkan beliau telah berjaya mengembalikan pemerintahan Abbasiyah kepada iktikad Ahli Sunnah Waljamaah di mana sebelum ini pemerintahan Abbasiyah di bawah al-Ma’mun (138-218H), al-Mu’tashim (218-227H) dan al-Wasiq (227-232H)telah menganut fahaman Muktazilah serta telah memenjarakan dan membunuh ramai para ulama Ahli Sunnah Waljamaah.

Aliran Ashaa’irah ini telah berkembang pesat di Iraq, kemudian ke Mesir pada zaman Salahuddin al-Ayubi, di Syria dengan sokongan Nuruddin Zanki, di Morocco dengan sokongan Abdullah bin Muhammad Tumerat, di Turki semasa pemerintahan Uthmaniah dan lain-lain lagi. Aliran ini juga telah mendapat sokongan dan perhatian daripada para ulama Mazhab Maliki, Hanafi, Syafii dan Hanbali.

Ibnu as-Subki berkata: “Imam Abu Hassan al-Ashaari merupakan seorang maha guru Ahli Sunnah Waljamaah, imam ahli-ahli ilmu kalam, penolong kepada Sunnah Sayyid al-Mursalin, pembela agama Islam, dan penjaga akidah orang Islam.”
Abu Abdullah b. Khafif al-Syirazi menceritakan: “Aku telah masuk ke bandar Basrah mencari Abu Hassan al-Ashaari, lalu ditunjukkan tempatnya. Aku mendapati beliau berada dalam satu majlis perbincangan. Lalu aku masuk ke majlis itu dan mendapati sekumpulan orang Muktazilah sedang bersoal jawab dan berbincang tentang ilmu kalam dengannya. Apabila mereka selesai menyoal, maka beliau menjawabnya satu demi satu sehingga kesemua persolan yang ditimbulkan oleh golongan Muktazliah telah dijawabnya.”

Sungguhpun begitu, pendapat-pendapat Imam Abu Hassan al-Ashaari tidak sunyi daripada diulas dan dikritik. Ini diakibatkan beliau sering berhujah dan berbahas dengan golongan Muktazilah yang banyak menggunakan falsafah dan golongan Hashawiyah yang menyamakan Allah SWT dengan makhluk serta berpegang kepada nas-nas akibat mutashabihat. Suasana perbahasan itu turut sedikit sebanyak mewarnai pengkaedaan Abu Hassan al-Ashaari, di mana beliau telah menggunakan hujah falsafah dalam berhadapan dengan aliran-aliran tersebut. Ini berbeza dengan Abu Mansur al-Maturidi (ketua ulama Ahli Sunnah Waljamaah di sebelah timur negara Islam), di mana beliau tidak banyak dipengaruhi oleh fahaman falsafah. Ini disebabkan seluruh aliran-aliran bidaah di tempatnya telah dikuasai dan dikalahkan oleh para ulama Ahli Sunnah Waljamaah. Oleh itu, segala pendapat Abu Mansur al-Maturidi berjalan di atas jalan yang sederhana.

Antara pengikut Abu Hassan al-Ashaari yang turut membantu dan meneruskan perjuanagan beliau ialah Qadhi Abu Bakar al-Baqilani, Abu Abdullah bin Mujahid, Abu Hassan al-Bahili, Abu Ishaq Asfaraini, Abu Muhammad al-Juwaini, Imam Haramain al-Juwaini, Imam Fakhruddin ar-Razi, Abu Bakar bin Faruq, Abu Ishaq as-Syirazi, Hujjarul Islam al-Ghazali, Muhammad bin Abdul Karim as-Syahrastani dan lain-lain lagi.

Beliau telah mengarang kitab-kitab terutamanya dalam bidang akidah lebih daripada 97 buah kitab. Senarai kitab-kitab beliau boleh kita rujuk melalui kitab Hidayatul Arifin jilid satu, muka surat 676 dan 677.

Selepas kematian Abu al-Hassan al-Ashaari, maka muncullah pula Abu Bakar al-Baqilani yang berusaha keras menentang dan mematahkan fahaman Muktazilah dan Hashawiyah. Kemunculan beliau telah menghantar pengikutnya ke Syam, Qairawan (Tunisia), Maghribi, Kepulauan Sicily dan Sepanyol. Maka berkembanglah iktikad Ahli Sunnah Waljamaah ke seluruh dunia.

Tegasnya Abu al-Hassan al-Ashaari merupakan salah seorang wujadid agung dan mujtahid muktabar yang telah memberi sumbangan besar terhadap dunia Islam. Kenyataan yang menyatakan beliau adalah mujadid awal kurun bolehlah dilihat dalam kitab Taqwin al-Fikri at-Tammah karangan Sheikh Abdullah Alwi al-Hadad.

p/s: PERHATIAN! Sekiranya berniat menjadikan maklumat ini sebagai sumber rujukan, sila maklumkan terlebih dahulu.

 
4 Comments

Posted by on May 16, 2011 in Pengantar Ilmu Tauhid

 

4 responses to “Abu Hassan al-Ashaari

  1. zu

    January 20, 2012 at 12:10 pm

    assalamualaikum….
    saya tertarik dgn artikel abu hassan asyaari tu. klu x kberatan nk mtk tlg emailkn ke email saya insanfaqeer@yahoo.com
    harap dapat bantu saya
    smg Allah rahmati anda sekeluarga…..
    wasalam

     
    • mysilentyayah

      February 12, 2012 at 4:21 pm

      waalaikumusalam..untuk artikel ini hanyalah sekadar projek peribadi saya untuk mengisi masa lapang, buat pengetahuan tuan, artikel ini saya salin daripada buku,,berdasarkan respon daripada saudara, adakah maksud saudara, saudara berminat untuk salinan artikel atau perkara lain.

       
      • Azri Nasir

        February 21, 2012 at 2:33 am

        Assalamualaikum..bolehkah saudara terangkan apa hujah-hujah ulama ASWJ dalam mematahkan fahaman muktazila..

         
      • mysilentyayah

        March 10, 2012 at 2:00 am

        waalaikumusalam….sekarang saya berada di luar rumah..rujukan saya ada di rumah…saya hanya insan biasa…jadi saya akan merujuk buku tersebut dahulu sebelum saya berikan jawapannya…insya allah….

         

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: