RSS

ABU MANSUR AL-MATURDI

08 May

Di sebelah timur negara Islam, muncul seorang imam Ahli Sunnah Waljamaah yang bernama Abu Mansur al-Maturidi. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Abu Mansur al-Maturidi. Beliau dilahirkan di daerah Maturid, Samarqand dan meninggal dunia pada tahun 335H. Beliau merupakan seorang ulama mazhab Hanafi yang juga mengarang kitab usul fiqh dan fiqh Hanafi. Antara kitab usul fiqh yang dikarangnya ialah al-Jidal.

            Beliau telah berusaha keras sehingga berjaya mempertahankan iktikad Ahli Sunnah Waljamaah dan membendung fahaman Muktazilah, Mujasimmah, Karamithah dan Jahmiyah yang muncul di Asia Tengah ketika itu.

Abu Mansur al-Maturidi telah menggunakan gaya pengolahan yang tersendiri dalam pengajian ilmu usuluddin. Hal ini kerana terdapat perbezaan pendapat antara beliau dengan Abu Al-Hassan al-Ashaari.  Antaranya, Abu al-Hassan berpendapat mengenal Allah SWT adalah wajib pada syarak, tetapi Abu Mansur berpendapat mengenal Allah adalah wajib pada syarak dan akal. Abu al-Hassan berpendapat adalah fardu ain bagi setiap mukalaf mempelajari 13 sifat Allah SWT yang wajib, tetapi Abu Mansur berpendapat fardu ain bagi setiap mukalaf mempelajari 20 sifat Allah SWT yang wajib bagi-Nya (termasuk sifat makanwiyah).

Dengan kata lain, Abu al-Hassan al-Ashaari dan Abu Mansur al-Maturidi merupakan dua orang imam bagi Ahli Sunnah Waljamaah dan mereka telah mengarang banyak kitab dan kebanyakan perselisihan pendapat antara mereka adalah dari segi lafaz sahaja dan bukannya pada makna daan tujuan.  Antara kitab yang menerangkan perselisihan pendapat antara mereka berdua ialah kitab Isyaratil Maraam fi ‘Ibaaraatil Imami.

Antara pengikut Abu Mansur al-Maturdi yang gigih meneruskan perjuangan beliau ialah Maimun bin Muhammad an-Nasafi, Abu Ahmad al-Iyadh, Abu Qasim al-Hakim as-Samarqandi al-Bukhari, Najamuddin Abu Hafas as-Samarqandi dan lain-lain lagi.

Beliau juga telah mengarang kitab-kitab usuluddin seperti al-Maqalat;ar-Raad ‘ala al-Karamithah (bantahan terhadap mazhab Karamithah), Bayan Waham al-Muktazilah (penerangan kesamaran golongan Muktazilah), ar-Raad al-Imamah li ba’di ar-Rawafidi dan lain-lain lagi.

Sebagaimana Abu Hassan al-Ashaari, Abu Mansur al-Maturidi telah melakukan jasa yang amat besar bagi menyelamatkan umat Islam agar tidak terpesong daripada iktikad Ahli Sunnah Waljamaah.

 

 

p/s: PERHATIAN! Sekiranya berniat menjadikan maklumat ini sebagai sumber rujukan, sila maklumkan terlebih dahulu.

 

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: