RSS

Category Archives: Luahan

13 februari

Ibu update status hari ini

ibu kata, sejak semalam, 12hb,,,yaya dah mula pandai melangkah selangkah

Alhamdulillah..syukur..

berkat doa ibu..semoga semua berjalan dengan lancar….

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2012 in Luahan

 

harga sabar

sabar..

mahal sungguh harga mu..tinggi nilai mu..tp bila kau ada di sampingku….kekuatan itu ada…bila kau hilang…longlai tubuhku..

 

duhai sabar..

aku amat memerlukan mu di saat ini

namun..

kenapa nilai mu sungguh tinggi?

 

sabar

datang mu ku pinta

pergi mu ku tangisi

kerana

aku tak tau

bila kau akan bersama ku lagi…

 

duhai sabar.

jiwaku kacau

hati galau

namun kau tetap cuba memujuk diriku

 

sabar

aku perlukan mu

aku mahukanmu

namun

mengapa mahal sungguh hargamu

terlalu perit untuk aku membelimu

 

jika ada sesiapa yang memahami

silalah baca..tapi jangan komen

kerana komen itu hanya akan menambah perit dalam jiwa ku

cukuplah ‘like’ sahaja

 

sabar

bengkak mataku

luluh hati ku

tapi..bagaimana harus aku bertahan wahai sabar

 

S.A.B.A.R

lima hurufmu,

dua suku katamu

namun,

ringkas bagaimanapun..nilaimu

tetap mahal!

 
Leave a comment

Posted by on February 12, 2012 in Luahan

 

3 disember 2011

telah genap dia berumur 8 bulan..pada saat ini ….0015am..semoga dia sentiasa dalam redha-Nya..dipermudahkan urusan hidupnya….kerana dialah permata hati kami berdua….

kami berada di Penang atas sebab mengikut kerja …

yayah dah mula merangkak..belajar berdiri….dan suka bermain dengan Iqbal(anak kawan)..mereka selalu berlumba-lumba untuk bertekak sesama mereka

kemungkinan besar..yayah akan mula belajar berjalan di sini…sangat mendebar-debarkan kerana menunggu masa itu

 

 
Leave a comment

Posted by on December 2, 2011 in Luahan

 

its me..........Morning all, hari ni yayah bangun pukul 6 lebih. Pastu yayah dimandikan oleh ibu, pukul 7.30. baru selesa sikit badan yayah. Nak tidur dah. Ada yang nak joint ker? Yayah selesa kalau dapat peluk dengan kain batik yang nenek beri pada ibu. Nak cuba guna? Ish! tak nak lah, nanti cari sendiri. Ibu, baby yayah nak susu.Nyot…Nyot…nyot…erkkkkk….He….he……he…… nak lelap dah.

Alamak! Lupa nak bagitau yang yayah kenal dah mana satu ibu, mana satu abah, mana satu pakcik….mana satu kakak…He…he….he….Nak genggam tangan lah….Pakcik Bad selalu tunjuk video ayam sabung kat dalam Handset dia…he….he…he…Khamis le[as yayah kena suntikan imun dua bulan…jadi dua tiga menjak ni yayah rasa mengantuk sangat. Nurse pulak bagi ubat sirap Paracetemol untuk yayah, untuk elak yayah daripada demam. Alhamdulilah, nasib baik yayah x demam. Tapi yayah x dapat buang air besar lagi…..sedih nya.

Makcik Nurul kata, minum air masak, yayah dah minum semalam, tapi masih tak dapat nak buang lagi….sedihnya…makin busuk kentut yayah, ibu kata. Ok la, yayah dah mengantuk la….baby yayah nak tidur dulu, mengantuk pulak lepas minum susu ibu. He…..he….he…..Nite all……

 
Leave a comment

Posted by on June 12, 2011 in Luahan

 

Satu Hakikat

Ini falsafah?

Bukan!

Ia umpama pelengkap sajian.

Ini bidalan?

Bukan!

Ia hanya penambah perisa pelengkap ramuan

Adakah patah kata bakal tertera penuh makna?

Tepuk dada tanya selera.

Terpulang atas penterjemahnya.

Manusia berbeda rasa.

Berbeda juga pemikirannya.

Apa yang disampaikan

pasti hanya ilham penciptanya yang tahu akan maksudnya.

Andai 10 juru bahasa merungkai

maksud ilham penulisnya,

pasti 20 huraian akan terpancut dari minda mereka.

Aku bukan ahli falsafah.

Aku bukan ahli bahasa.

Aku cuma menumpang mencetus rasa.

Walau suku kata ku sumbang bak si kudung melangkah tak berirama.

Hatta arakian

hamba dan tuan hamba

mula sebutannya,

kini lu gua pula gantinya

Masa berlalu

tingkah berubah,

timbul pula broo pula perkataannya.

Hilang sopan

tenggelam santun namun ada mesranya.

Yang tua di hormati,

yang muda…..

apa pula nak diberi?

Kenapa yang muda tak tahu apa nak diberi

Kerana penulis ini juga lupa apa yang harus diisi.

Betapa pantas masa berlalu

hingga khazanah tinggi luput dimakan waktu.

Begitu mudah menyalahkan waktu

Sunggu senang zaman dibabitkan.

Hajat di hati tinggi menggunung,

keinginan besar, bahasa di martabatkan.

Bahasa diperkasakan saban waktu dilaungkan.

Ini penulis nak bercerita

boleh dijadikan santapan minda.

Boleh juga dijadikan jenaka.

Alkisah satu cerita.

I am sorry.

Penulis mulakannya,

Kisah seorang berjawatan ia.

walau tak tinggi punya kuasa.

mertabatkan bahasa seruannya!

Satu masa diwawancara ..

wartawan akhbar  semua media

Bertanya pemberita kepada dia

Apa kah haluan seruannya?

Maka di jawab dengan selamba;

Thank you to give me bla bla bla…..”

 

1329 10052011

 
Leave a comment

Posted by on May 10, 2011 in Luahan

 

Kala Itu

Saat itu

adalah kala yang terindah

yang termanis

dapat ku nikmati

walaupun dalam kepayahan…

dalam kesulitan

Bagai satu pengalaman

yang tak mungkin dapat insan lain

sekadar cerita

Baru ku sedar…

betapa sakitnya saat itu

walaupun saat terjadinya

tersangat nikmat.

Kala itu

kusedar segalanya

namun

dapatkah yang lain memahaminya?

1030 07052011 

 
Leave a comment

Posted by on May 7, 2011 in Luahan